7 Gambar Kisah Nasi Tangas @ K angkang yang meloya dan menjijikkan

Bagi peminat filem bergenre seram, kami sarankan anda pergi menonton filem terbaru terbitan Metrowealth, ‘Nasi Tangas (Nasi Kangkang)’.

Walaupun ini merupakan filem seram pertama arahan Hashim Rejab, namun hasil filem ini ternyata tidak menghampakan. Namun, amaran buat mereka yang mungkin tidak tahan, mudah loya atau geli dengan benda-benda yang kotor kerana filem ini memaparkan banyak perkara yang menjijikkan.

Permulaan filem ini saja sudah mampu membuat anda terasa kembang tekak. Malah ketika menghadiri tayangan media filem tersebut baru-baru ini, ada juga penonton yang tidak tahan sehingga keluar dari panggung. Tidak dinafikan banyak babak jijik yang disajikan sehingga mungkin boleh membuatkan anda tidak lalu untuk makan nasi selepas menonton filem ini.


Walaupun menjijikkan, namun dari sudut positif filem ini boleh dikira sudah berjaya kerana mampu meninggalkan kesan terhadap penonton. Namun, pada pendapat kami, walaupun mendapat klasifikasi 13PG, namun ia tidak berapa sesuai untuk tontonan kanak-kanak biarpun mereka di bawah bimbingan ibu bapa. 

Menyentuh soal pelakon pula, apabila melihat barisan nama pelakon yang membintangi filem ini semuanya masih baru, pasti penonton memikir beberapa kali untuk membeli tiket. Namun percaturan berani yang dilakukan oleh pihak produksi ini nyata tidak menghampakan kerana kesemua pelakon berjaya membawa watak mereka dengan baik sekali. 



Elemen seram juga agak memuaskan kerana ada juga babak-babak yang membolehkan penonton terkejut. Pendek kata, filem yang sudah ditayangkan bermula 18 September ini harus ditonton oleh penggemar filem seram kerana ia cukup ramuan bagi sebuah filem bercorak seram.

SINOPSIS:

Hairi dan Fatin merupakan sahabat baik sejak zaman universiti lagi. Keakraban mereka membawa sehingga ke alam pekerjaan di mana mereka sama-sama membuka serta mengusahakan restoran tersebut sehingga berjaya. Pada masa sama, Hairi juga mempunyai seorang teman wanita bernama Mira.

Persahabatan Hairi dan Fatin seringkali menimbulkan rasa negatif di hati Mira kerana Fatin lebih memahami serta mengenali Hairi melebihi dirinya. Hairi dan Mira akhirnya disatukan dan setelah berkahwin, kehidupan rumahtangga mereka berdua sangat bahagia.

Namun, persahabatan yang terjalin antara Hairi dan Fatin tetap dicemburui oleh Mira lebih-lebih lagi apabila Mira beberapa kali ternampak kemesraan suaminya dan Fatin di restoran mereka. Mira mula syak Fatin menggunakan ‘sesuatu’ kepada suaminya. 

Apakah tindakan yang dilakukan Mira dan adakah dia berjaya menyelamatkan rumahtangganya? Jangan ketinggalan untuk menonton ‘Nasi Tangas (Nasi Kangkang)’ di pawagan berhampiran anda bermula 18 September 2014. GUA

0 Response to "7 Gambar Kisah Nasi Tangas @ K angkang yang meloya dan menjijikkan"

Catat Ulasan