Justin Bieber hantar gambar panas kepada Selena


Dahulu pelakon High School Musical, Vanessa Hudgens kantoi mengambil gambar tanpa berpakaian untuk tatapan bekas teman lelaki, Zac Efron. Kantoi sebab gambar tersebut dihantar menerusi telefon. 

Seperti tidak mengambil sebarang pengajaran daripada sejarah, Justin Bieber pula mengikut jejak langkah Vanessa, dengan menghantar gambar tidak senonoh beliau kepada teman wanita (ataupun sudah menjadi bekas teman wanita?), Selena Gomez!

Apa yang mendorong Justin Bieber melakukan tindakan bodoh seperti ini? Mungkin kerana tidak mahu Selena Gomez tinggalkan beliau lagi. 

Menurut laporan Radar Online, pasangan yang sekejap bercinta sekejap berpisah ini dikatakan alami pergaduhan besar menerusi mesej telefon setelah rumah diserbu pihak polis. Dalam gaduh-gaduh, ada pula Justin selitkan gambar tidak senonoh disertai carutan menghina.

Apabila pihak Selena Gomez ditanyakan berkaitan dakwaan berikut, pihak penyanyi berusia 21 tahun ini menafikan sebarang mesej.Pihak Justin pula seperti biasa, enggan berikan sebarang komen.

Sebab utama pencetus pergaduhan tersebut adalah kerana Selena mahukan Justin dapatkan rawatan untuk masalah ketagih dadah.

Bagaimana sampai boleh terhantar gambar dan mesej tidak senonoh pula, tak tahulah.Justin ini bukan betul sangat pun. newsmylunchpad 

0 Response to "Justin Bieber hantar gambar panas kepada Selena "

Catat Ulasan