Shahz Jaszle gagal gugur kes khalwat

Pada sebutan pertama kes khalwat Shahz Jaszle pada 13 November lalu, pelakon ini mengaku tidak bersalah dan diarahkan untuk membayar RM1,500 sebagai wang ikat jamin dan dalam masa sama pasangannya didenda RM3,000 selepas mengaku bersalah.

Bertekad untuk membuktikan dirinya tidak bersalah, Shahz Jaszle naik ke mahkamah lagi hari ini dalam usahanya untuk gugurkan dakwaan berkhalwat yang dikenakan ke atasnya selepas satu tangkapan pada 16 Mei 2013 di Apartmen Taman Sri Subang.


mStar Online melaporkan yang Hakim Syarie, Abd Halim Abu Samah menolak rayuan yang dikemukakan tertuduh menerusi Peguam Syarie, Ashraf Ranee pada 19 Disember 2013 kepada Ketua Pendakwa Syarie mahkamah tersebut.
Pendakwa Syarie, Hasrul Hafidzi Ahmad Kamal turut memohon kepada mahkamah supaya kes tersebut dibicarakan selepas menjawab secara bertulis bagi menolak permohonan tertuduh pada 9 Januari lalu.
Hasrul Hafidzi turut memberitahu mahkamah pihaknya akan mengemukakan seramai sembilan orang saksi pada kes itu. Mahkamah menetapkan kes khalwat pelakon itu diteruskan pada 8 April 2014 dan mengarahkan supaya kesemua saksi disepina sehingga tarikh perbicaraan.RK

0 Response to "Shahz Jaszle gagal gugur kes khalwat "

Catat Ulasan