Tidak boleh menyanyi , majlis ada minuman keras - Pengarah Urusan Castmet


KUALA LUMPUR, 21 Jan : Jawapan balas Pengarah Urusan Castmet Tan Keh Wah , Isu penyanyai bertudung Marinatasha Isnariah Mustapar tidak di benar kan menyanyi di majlis anjuran mereka , syarikatnya tidak pernah mendiskriminasi mana-mana bangsa atau agama seperti yang didakwa.

"Saya menegaskan syarikat kami bukanlah rasis seperti didakwa, sebaliknya kejadian malam itu bukanlah kerana penyanyi itu bertudung tetapi dia bukan penyanyi yang dipersetujui oleh pengurusan majlis," katanya ketika dihubungi Bernama.

Tan menjelaskan perjanjian antara syarikatnya dengan sebuah syarikat pengurusan yang telah melantik kumpulan nyanyian malam itu tidak melibatkan penyanyi wanita bertudung kerana majlis malam itu ada menghidangkan minuman keras.

"Antara isi kandungan perjanjian itu juga, penyanyi kumpulan berkenaan dikehendaki berinteraksi serta menari bersama tetamu yang kebanyakannya lelaki bukan Islam, dan bagi menjaga maruah serta sensitiviti orang Islam syarikat telah bertegas untuk tidak melibatkan penyanyi yang bertudung," kata Tan. - Bernama 

0 Response to "Tidak boleh menyanyi , majlis ada minuman keras - Pengarah Urusan Castmet"

Catat Ulasan