5 Gambar : Gara-gara tudung besar Aimi Najwa jadi viral


Serius, ramai rakan kami meluahkan rasa terkejut ketika menonton program Wanita Hari Ini semalam.
Semua gara-gara melihat gaya tudung seorang jemputan di studio yang hadir bagi mempromosikan butiknya di program tersebut, wanita terbabit bernama Aimi Najwa.
Bukan apa, tudung dikenakan wanita tersebut boleh dikatakan terlalu besar jika dibandingkan dengan saiz kepala muslimah biasa yang bertudung. Hinggakan ada yang nakal membuat lawak bahawa ia menyamai watak Queen Amidala dalam filem Star Wars!
Susulan itu, gambar wanita berkenaan mulai tersebar dan menjadi viral di laman-laman sosial.




Inilah tudung paling besar gedebak pernah penulis tengok kat Malaysia,Selepas menggodek laman sosialnya, penulis mendapati beliau adalah seorang Model dan Freelance Graphic berusia 20-an tahun dan tinggal di Rawang, Selangor. 

Pada Aimi biarlah orang nak kata apa yang pasti Aimi ada pilihan dan citarasa tersendiri tidak memilih fesyen-fesyen tudung yang dah sedia ada sekarang.

0 Response to "5 Gambar : Gara-gara tudung besar Aimi Najwa jadi viral "

Catat Ulasan