5 Gambar tidak s enonoh Laura yang mendakwa dic abul Pramugara MAS

Sekitar tiga minggu lalu, seorang penumpang Australia mendakwa dirinya diserang secara seksual ( dicabul ) seorang anak kapal Malaysia Airlines semasa penerbangan ke Perancis dan kemudian mendakwa supaya tidak melaporkan perbuatan tersebut kepada pihak berkuasa. Wanita tersebut yang bernama Laura Bushney memberitahu pihak media ketika ditemubual di saluran televisyen Australia Channel 7 berhubung dakwaannya terhadap ketua pramugara penerbangan MH20 dari Kuala Lumpur ke Paris, 4 Ogos lalu.
MAS mengesahkan kejadian tersebut dan berjanji menyiasat perkara tersebut. Ketua pramugara itu ditahan polis Perancis sebaik sahaja mendarat di Paris. Bushney, 26, juga merakamkan kejadian tersebut dalam telefon bimbitnya. Rakaman itu telah dikeudarakan semasa program televisyen Sunday Night terbitan Channel 7 berlangsung semalam.
Wanita yang bertugas sebagai kakitangan sokongan orang kurang upaya itu memberitahu dalam temubual eksklusif tersebut bahawa dia bimbang menaiki penerbangan MAS ekoran insiden MH370 dan MH17, yang meragut hampir 600 nyawa penumpang dan anak kapal.



Bushney memberitahu Channel 7, di dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Paris itu, ketua pramugara itu duduk bersebelahan dengannya di barisan 81 dan mendakwa dia meraba kakinya  dengan alasan cuba menenangkannya. Dia memberitahu, pramugara itu kemudian memasukkan tangan ke dalam seluarnya sambil meraba kemaluannya.
Bushney merekodkan kejadian tersebut menggunakan telefon mudah alihnya yang dibungkus di dalam selendang yang disorok  di bawah bantal yang telah dimainkan di dalam rancangan temubual itu. Dalam rakaman itu, yang dimainkan pada Channel 7, bisikannya boleh didengari dan dia telah menyebut : “Dia mengurut kaki saya. Saya amat takut, saya hanya mahu turun dari kapal terbang ini.”
Pramugara itu kembali ke tempat duduk dan boleh dilihat merayu kepadanya sambil berkata “niatnya baik” di dalam rakaman yang telah dibuat oleh Bushney. Bushney kemudian dipindahkan ke ruang kelas pertama, di mana dia mendakwa pramugara tersebut sekali lagi merayu kepadanya supaya tidak melaporkan perkara tersebut kerana dia sudah mempunyai anak dan isteri.
Sementara itu, portal Wanista.com telah mendapat emel daripada seorang pembaca mengenai satu akaun laman sosial Instagram yang didakwa milik Laura Bushney. Akaun tersebut sedikit sebanyak telah menimbulkan keraguan kesahihannya memberikan keterangan kepada pihak media kerana gambar yang dipaparkan amat jelik dan tidak senonoh. Akaun ini mengandungi gambar wajah yang boleh dikenal pasti dengan jelas sebagai Laura dan juga kad dari neneknya yang ditujukan kepada “Laura”.
Kandungan seksual secara terang-terangan daripada gambar yang telah dimuatnaik ke dalam akaun Instagram itu boleh dijadikan contoh bahawa dia adalah jauh dari gadis yang tidak bersalah yang selama ini diwar-warkan oleh pihak media Australia.Sumber

0 Response to "5 Gambar tidak s enonoh Laura yang mendakwa dic abul Pramugara MAS"

Catat Ulasan