Astro mohon maaf, buka semua saluran pada 29 ogos hingga 1 Sept .

KUALA LUMPUR : Pihak Astro memohon maaf kepada pelanggannya di atas gangguan perkhidmatan yang berlaku pada pukul 6 petang, 24 Ogos 2014, yang telah menjejaskan siaran 78 saluran termasuk sistem telefon pusat panggilan.

Dalam posting terbaharu di laman Facebook Astro, gangguan perkhidmatan tersebut disebabkan oleh kebakaran berpunca litar pintas di premis Astro di Bukit Jalil.

"Pihak Bomba telah segera dimaklumkan. Keselamatan kakitangan kami menjadi keutamaan, oleh itu premis tersebut telah dikosongkan.

"Api berjaya dipadamkan pada pukul 6.30 petang dan kakitangan bertugas hanya dibenarkan memasuki semula premis setelah dibenarkan oleh pihak Bomba pada pukul 7.30 malam," jelas kenyataan itu.

Jelas Astro lagi, sudah menjadi keutamaan untuk mengembalikan siaran saluran-saluran yang terjejas, diikuti dengan operasi pusat panggilan.

"Saluran TV bersiaran semula secara berperingkat, bermula 8.30 malam dan kesemua saluran bersiaran semula pada pukul 11.00 malam. AOTG dan IPTV turut kembali seperti biasa tidak lama selepas itu. Pusat panggilan kami kembali beroperasi pada pukul 8.45 malam.

"Kami bersyukur tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku. Insiden ini sedang disiasat dan tindakan yang wajar akan diambil," ujar kenyataan itu.

Dalam pada itu, kenyataan itu mengulang sekali lagi permohonan maaf kepada semua pelanggan atas gangguan perkhidmatan yang dialami.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas kesabaran semua, Astro akan membuka kesemua saluran untuk dinikmati oleh para pelanggan (kecuali perkhidmatan Astro First, Astro Best dan Astro Box Office Sports) di sepanjang hujung minggu ini iaitu dari Jumaat 29 Ogos, 6.00 petang sehingga Isnin 1 September 2014, 12.00 tengah malam. Awani 

0 Response to "Astro mohon maaf, buka semua saluran pada 29 ogos hingga 1 Sept ."

Catat Ulasan