Erra doa bekas suami dapat jodoh terbaik

Ketika ini selepas gosip mengaitkan Erra dengan Shahir, bertebaran pula cerita yang mahu menyaksikan Primadona Filem Melayu itu menjalinkan hubungan dengan Awie selepas rakan hero Sembilunya itu berdepan dengan masalah rumah tangga.
Ia sesuatu yang tak mustahil terjadi. Malah selepas digandingkan semula bersama di pentas teater di Istana Budaya menerusi projek Suara Kita, Erra dan Awie seterusnya akan bergandingan di layar perak menerusi Warna Cinta Impian terbitan Touch Tronics Entertainment Sdn Bhd.
Bagaimana pun temubual yang sempat dilakukan bersama Erra ini bukan bertujuan untuk bertanyakan mengenai kebarangkalian beliau mungkin kembali bercinta dengan Awie tetapi mengenai bekas suaminya, Engku Emran yang sudah bertemu pengganti.
"Hubungan dengan bekas suami masih baik. Semuanya berjalan lancar dan topik utama semestinya mengenai perihal anak. Kami masih berkomunikasi seperti biasa. Komunikasi itu boleh saya katakan lebih baik daripada sebelum ini. Saya tumpang gembira dengan beliau yang kini sudah terisi hatinya. Beliau pun sangat terbuka dan kami ada bercakap mengenal hal itu. Doa saya yang baik untuknya," katanya.
Erra hari ini (16 Ogos) terbabit dengan pementasan teater Bahayanya Wanita yang pernah dipentaskan di Istana Budaya dan dipentaskan semula di Singapura. Teater arahan Erma Fatima itu turut mengekalkan pelakon lama seperti Umie Aida, Nora Danish, Zizan Razak, Ziela Jalil dan turut menampilkan Raja Ema.

0 Response to "Erra doa bekas suami dapat jodoh terbaik "

Catat Ulasan