Menantu durjana ditahan perkosa mak mertua ketika berkemban

Seorang bapa kepada lapan orang anak ditahan pihak polis selepas dirinya didakwa merogol ibu mertuanya, semalam di Sibu, Sarawak.
Menurut Borneo Post, lelaki berusia 42 tahun itu didakwa merogol ibu mertuanya yang berusia 69 tahun Jumaat lalu.
Mangsa dikatakan tinggal bersebelahan dengan rumah suspek.
Kejadian dikatakan berlaku apabila suspek masuk ke rumah mangsa yang ketika itu dalam keadaan berkemban di ruang tamu rumahnya.
Mangsa
Menerusi siasatan awal, suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian berlaku dan mangsa terus menceritakan perbuatan terkutuk menantunya itu kepada anak perempuannya yang merupakan isteri kepada suspek.
Ahli keluarga mangsa terus membawanya membuat laporan polis tanpa pengetahuan suspek.
Suspek sebelum ini dilaporkan pernah mempunyai rekod jenayah membabitkan penyalahgunaan dadah dan pecah masuk rumah. 
Suspek kini direman selama tujuh hari bermula semalam. Credit MNH, Theborneopost.

0 Response to "Menantu durjana ditahan perkosa mak mertua ketika berkemban "

Catat Ulasan