Soal Jawab : Sayangi diri sendiri henti ‘gunakan tangan’

Saya boleh dikatakan pe­ngikut setia ruangan doktor sejak remaja lagi. Untuk pengetahuan doktor, kini saya berusia 26 tahun dan masih bujang.
Saya akui banyak artikel dan permasalahan yang doktor jawab di ruangan ini meskipun keba­nyakannya lebih kurang sama, termasuk menyentuh soalan ketagihan onani. Sejujurnya, saya akui ia juga berlaku pada saya. 
Adakah ini masalah psikologi? Perlukah orang seperti saya menemui pakar psikologi untuk menangani masalah ketagihan onani? Saya menyedari kini lebih bernafsu dengan tangan sendiri daripada memikirkan soal pasangan. 

Saya pernah cuba mencipta fantasi indah dengan pasangan tetapi tidak terangsang seperti mana dicapai menggunakan tangan saya yang diselang seli dengan bahan lucah.
Saya akui sangat ketagih kepada kedua-duanya iaitu pornografi dan tangan sendiri. Keadaan lebih parah bila menyedari nafsu saya kuat tetapi nafsu itu dilepaskan pada saluran salah.
Saya terfikir perkara ini lebih kepada masalah psikologi kerana seolah-olah mental saya yang menentukan saya hanya boleh terangsang melalui tangan dan pornografi. 

Saya risau jika berkahwin nanti, kemungkinan saya tidak mampu mencapai ereksi walaupun dirangsang oleh pasangan. 

Perlukah saya berjumpa pakar psikologi atau ia masih di bawah rawatan doktor sakit tuan? Bagaimana prosedur perubatannya? 

HADZLI 
Shah Alam, Selangor 


Anda boleh dikatakan dalam golongan penagih onani yang tegar. Anda sedar amalan itu akan menyukarkan hidup anda tapi tetap melakukannya tanpa cuba mengurangkannya. 

Malangnya, onani tiada rawatan dengan perubatan. Jika berjumpa kaunselor atau pakar psikologi, anda perlu jalani program bimbingan. Anda akan diberi jadual atau ‘check­list’ untuk diamalkan bagi menangani kecenderungan melakukan onani. 

Jika anda tak mengikuti jadual itu, mereka tidak boleh buat apa-apa. Jika anda tak dapat tolong diri anda, semuanya tak akan berhasil. 

Gambaran yang saya sampaikan dalam ruang ini hanya gambaran. Gambaran dalam bayangan ini tidak kekal dalam minda kita. Ia mungkin terukir dalam minda apabila kita baca mengenainya dan beberapa hari kemudian, ia lesap 

Kerana itu, saya teruskan usaha menulis mengenainya tanpa memilih dengan harapan satu hari kelak ia menukar perilaku songsang individu yang membaca ruangan saya. 

Saya tak pasti jika apa yang saya ketengahkan di sini dapat membantu anda. Dalam isu ini, anda saja yang dapat mengubah situasi anda, sama ada ingin teruskan amalan onani atau cuba mengurangkannya dan menghindarinya demi kesejahteraan hidup kemudian hari. 

Anda yang menentukan hala tuju masa depan anda. Jika anda tak bantu diri anda, tiada siapa boleh melakukannya untuk anda. Sayangkan diri anda dan berusahalah untuk berhenti. Credit Harian Metro 

0 Response to "Soal Jawab : Sayangi diri sendiri henti ‘gunakan tangan’"

Catat Ulasan