Penjenayah paling S3ksi didunia didakwa atas 114 tuduhan

Kanada : Penjenayah wanita paling seksi di dunia, Stéphanie Boudoin akhirnya ke muka pengadilan apabila dia didakwa dengan 114 tuduhan di mahkamah termasuk merompak dan memiliki sembilan senjata api.
Boudoin menjadi bahan berita antarabangsa sebelum ini, apabila gambar seksinya sambil berbikini, telah disiarkan oleh Montreal Journal.
Gambar itu kemudiannya menjadi popular di internet.
Susulan itu, pengguna twitter telah menggelarnya sebagai penjenayah paling seksi di dunia dengan ramai yang jatuh hati kepadanya.
Dia ditangkap bulan lepas di Victoriaville, Canada selepas didakwa memecah masuk 42 rumah di kawasan tersebut.
Polis percaya dia melakukan rompakan itu dengan bantuan tiga remaja bawah umur berusia antara 13 dan 17 tahun.
Boudoin yang juga pelajar kejururawatan telah memecah masuk melalui pintu belakang atau tingkap di bilik bawah tanah.
Peguam Boudoin dalam pada itu berkata, anak guamnya itu akan dihantar menjalani rawatan di hospital bagi penilaian mental ketika melakukan rompakan tersebut.
Kesnya akan disebut semula pada 17 November ini, untuk mengetahuai nasib nya atas 114 pertuduhan tersebut.

0 Response to "Penjenayah paling S3ksi didunia didakwa atas 114 tuduhan"

Catat Ulasan