UPSR: Kertas Bahasa Inggeris bocor, calon perlu duduki semula

Seramai 473,175 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu menduduki semula kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 berikutan kebocoran soalan, kata Menteri Pendidikan ll, Datuk Seri Idris Jusoh pada Khamis.
Terdahulu kertas UPSR bagi mata pelajaran Sains 018, 028, 038 yang dijadualkan pada Khamis, ditangguhkan berikutan terdapat laporan kebocoran kertas peperiksaan.
Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Dr Na'imah Ishak dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, berdasarkan siasatan awal, kandungan soalan bagi kertas peperiksaan Sains itu didapati mula tersebar di media sosial dan tarikh baharu bagi peperiksaan subjek berkenaan ditetapkan pada 30 September ini.Mstar

0 Response to "UPSR: Kertas Bahasa Inggeris bocor, calon perlu duduki semula"

Catat Ulasan