Susulan dari insiden kemalangan maut di Terowong Menora minggu lalu, seorang pengguna Facebook memuat naik status berbaur penghinaan terhadap pemandu lori.
Jeffery Salim, mengutuk sekeras-kerasnya taraf pendidikan pemandu lori dan melabelkan semua pemandu lori berlagak kerana memandu kenderaan besar sehingga tidak mempedulikan pengguna jalan raya yang lain.
Jeffery juga mendakwa hati pemandu lori ini penuh dengan nafsu serta hati yang busuk. Dia berkata demikian kerana dia tahu perangai pemandu kenderaan besar ini sama sahaja berdasarkan pengalaman travel'nya yang sudah lama. Kenyataannya itu juga turut dilemparkan terhadap pemandu bas komersial.
Ekoran dari itu, seorang individu bernama Willman Raymond Fernandez membuat laporan polis terhadap kenyataan berbaur hinaan Jeffery di Facebook.
"Semasa saya berada di pejabat, saya buka laman Facebook telah terbaca satu kenyataan komen mengutuk dan memaki hamun kepada semua pemandu lori dan bas dari pemilik laman Facebook bernama Jeffery Salim.
Saya adalah salah seorang pemandu yang mewakili pihak pemandu bas dan lori satu Malaysia rasa tidak puas hati dan mahu pihak berkaitan minta maaf di atas kenyataan-kenyataan tersebut secara terbuka."
Marah macam mana pun, tidak wajar untuk kita melabelkan kesemua pemandu lori/bas sama perangai atau menghina mereka dengan kata-kata yang tidak sepatutnya. Memandu lori adalah pekerjaan mereka untuk mencari rezeki untuk menyara anak dan isteri. Kemalangan yang berlaku bukan dipinta, ianya adalah suratan takdir yang perlu kita redha. Credit aans1
Asyik-asyik masalah brek aje yang drebar lori salahkan, kalau dah bawak macam pelesit tentulah brek tu jahanam, bodoh punya alasan. Dah tu himpit kanan, himpit kiri la biar ko masuk gaung sorang, bodo
BalasPadam