Selepas berminggu memberikan indikasi tentang single terbarunya di media sosial, bintang pop yang baru sahaja membuat persembahan di Malaysia, Taylor Swift akhirnya memberikan apa yang peminat-peminatnya nantikan pada lewat malam Isnin (jam 5 pagi Selasa waktu Malaysia).
Tetapi tidak sepertimana kebanyakan artis lain yang menggunakan pelancaran lagu baru melalui iTunes dan radio, Swift memilih untuk menyiarkan video singlenya itu yang berjudul Shake It Off menerusi siaran livestream (dengan kerjasama Yahoo!) di serata dunia.
Sepanjang tempoh setengah jam berinteraksi dengan para peminatnya, Swift turut berdansa, berbual, menerima dan menjawab pertanyaan melalui Twitter dan berkongsi beberapa berita utama mengenai aktivitinya bersama peminat.
Akhbar Britain, The Guardian bagaimanapun mengkritik persembahan video Swift sebagai mendatar malah pada sesetengah bahagian memperlihatkan sikap tidak sensitif kepada perkara-perkara tertentu.
"Dia adalah penulis lagu yang berbakat tetapi Shake It Off tidak sama sekali memperlihatkan bakatnya itu. Liriknya sahaja memperlihatkan unsur-unsur malas seperti “haters gonna hate”, “You coulda been getting down to this sick beat” dan “To the fella over there with the hella good hair” kelihatan seperti sumbang daripada seseorang yang berbakat seperti Taylor Swift," kritik akhbar berkenaan.
Video yang diarahkan oleh Mark Romanek itu cuba menunjukkan yang Taylor ingin bergurau senda selepas gagal mengikut rentak kumpulan penari profesionalnya.
Menurut akhbar itu, gabungan tarian moden, balet dan breakdancing yang terkandung di dalam video tersebut adalah menghiburkan tetapi sayangnya penggunaan konsep itu adalah mendatar.
Taylor, jelas akhbar tersebut, adalah seorang artis yang berskil dan kelihatan seperti tidak kena untuk membawa unsur-unsur komedi di dalam video berkenaan.
Dan adegan dia berlegar-legar di bawah kangkang seorang penari berkulit hitam yang sedang mengoyangkan punggung adalah satu situasi yang tidak kena pada tempatnya.
Penyanyi itu telah dikritik kerana pihak-pihak tertentu telah memberi nasihat yang salah kepadanya berhubung adegan tersebut.
Sementara itu, album baru Taylor, yang berjudul '1989' (yang dinamakan sempena tahun kelahirannya) akan berada di pasaran pada 27 Oktober.
Swift berkata, '1989' adalah sebuah album yang padu yang pernah dia hasilkan.
Album itu boleh ditempah mulai sekarang dan mengandungi tiga trak bonus yang dia rakamkan melalui telefon bimbitnya semasa proses menghasilkan lirik dan melodi.
Satu lagi bonus ialah kulit hadapan album '1989' adalah foto polaroid Swift sendiri dan setiap salinan album itu akan muncul dengan 13 paket foto polaroid yang belum pernah disaksikan oleh para peminatnya sebelum ini.
Bagaimanapun The Guardian memuji persembahan Taylor menerusi livestream tersebut yang disifatkan sebagai seorang yang berbakat dalam mengendalikan program 'talk show'.
Dari saat dia menyapa para penonton di studio seperti “Welcome to this livestream extravaganza adventure-a-thon!”), Swift sentiasa dalam situasi terkawal.
Dia memperlihatkan ciri-ciri dan karakter seorang yang bijak dan berperwatakan dan membuktikan yang dia adalah seorang hos yang efektif.
Keseluruhannya, menurut The Guardian, Taylor Swift berjaya menjadikan majlis livestream itu suatu majlis yang berjaya, walaupun kandungan persembahan videonya dan juga lagunya sedikit mengecewakan serta tidak begitu memberansangkan.Mstar
0 Response to "V ideo terbaru Taylor Swift di kritik "
Catat Ulasan