Zizan Razak akan dedahkan tarikh kahwin nya dengan Emma

Sebagai seorang selebriti, adakah Zizan berasa tertekan apabila kisah cintanya bersama Emma sering diperkatakan? Malah. ramai juga yang sering bertanya tentang tarikh perkahwinannya.

“Tiada tekanan. Saya suka apabila ramai menunggu kerana pastinya orang akan mendoakan yang terbaik untuk saya. Ia juga bermakna orang di luar sana menyokong hubungan saya dengan Emma. Emma sendiri pun tidak pernah mendesak dan menyerahkan semua kepada saya.


Namun beliau menafikan desas-desus yang mendakwa dia akan berkahwin dalam masa terdekat ini, pelakon dan pengacara Zizan Razak sebaliknya menegaskan dia mahu fokus terhadap kerjaya terlebih dahulu sebelum melangkah ke fasa seterusnya bersama kekasihnya, pelakon Emma Maembong. 

“Fokus saya sekarang adalah kerjaya. Saya mahu semua perkara stabil dahulu, baru fikir untuk ke langkah seterusnya. Bukan sahaja dari segi kewangan, saya kena pastikan keluarga saya dahulu stabil, barulah saya akan merancang mengenai perkahwinan,” kata pengacara rancangan ‘Akademi Fantasia’ ini.


Apabila kami berdua sudah bersedia, pastinya saya akan mendedahkan ia (tarikh perkahwinan) kepada umum,” ujar Zizan ketika ditemui di pelancaran Restoran Burgerbyte, Seksyen 7, Shah Alam pada hujung minggu lalu. Credit Gua

0 Response to "Zizan Razak akan dedahkan tarikh kahwin nya dengan Emma"

Catat Ulasan