Bieber di tangkap lagi akibat menyerang seorang pemandu limosin


Nampaknya tahun 2014 bukan tahun yang baik untuk Justin Bieber. Dia sekali lagi ditahan pihak polis dan kali ini dia didakwa menyerang seorang pemandu limosin. Penyanyi remaja ini telah ditahan buat kali kedua dalam masa seminggu.

Ketibaan Bieber di Toronto dikerumuni pihak media dan dia diiring oleh sekumpulah polis untuk memasuki balai polis Toronto tersebut. 

Terdapat laporan dari TMZ yang mengatakan bahawa bintang pop ini mungkin akan dihantar pulang ke Kanada oleh Amerika Syarikat. Seramai 100,000 rakyat Amerika Syarikat telah menandatangani petisyen untuk menghantar Bieber pulang ke Kanada. Kini, petisyen tersebut berada di dalam tangan Presiden Obama, dimana beliau perlu membuat keputusan terakhir.

Penyanyi 19 tahun ini baru sahaja mengeluarkan video terbaru untuk lagu 'Confident' sebelum berita dia ditahan menyusul pada hari Rabu.Mylaunchpad

0 Response to "Bieber di tangkap lagi akibat menyerang seorang pemandu limosin"

Catat Ulasan