MH370 : Tiada maklumat terkini di lokasi baru - AMSA

PERTH : Masih belum ada maklumat terkini daripada 11 pesawat tentera dan komersial yang melakukan tugas mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 di kawasan pencarian baru sejak pagi tadi.
Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) terus menumpukan lokasi pencarian baru yang diubah lokasi di 1,100 kilometer ke timur laut Perth, tindakan diambil hasil maklumat disalurkan pasukan penyiasat antarabangsa. 
Agensi penyiasat, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) percaya lokasi baru itu lebih diyakini berbanding maklumat sebelum ini, lokasi pencarian baru itu dianggarkan merangkumi kawasan seluas 319,000 kilometer persegi. MyMETRO

0 Response to "MH370 : Tiada maklumat terkini di lokasi baru - AMSA"

Catat Ulasan