KOTA BHARU : Polis sedang memburu suspek yang disyaki menyimbah asid kepada dua remaja di Kampung Banggol Pak Esah, Pasir Puteh pada Rabu.
"Kita sudah mengenal pasti suspek dan kita akan menjalankan tangkapan nanti,” kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman kepada pemberita selepas majlis perbarisan sempena pemakaian pangkat komandan dan ajutan sukarelawan simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) kontinjen Kelantan di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 10.15 malam itu di depan sebuah gerai burger, Emi Azman, 22, cedera parah dan melecur teruk di bahagian muka manakala rakannya Tuan Zulashraf Tuan Yaakob, 14, cedera ringan di muka, bahu dan betis.
Emi kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian di sini manakala Tuan Zulashraf dibenarkan keluar dari Hospital Tengku Anis di Pasir Puteh semalam.
Sementara itu, Jalaluddin berkata pihak polis menggalakkan masyarakat Cina untuk menyertai pasukan polis sama ada secara tetap atau sukarela. - Bernama
0 Response to "Jenayah : Polis kenal pasti suspek simbah asid ke atas dua remaja "
Catat Ulasan