Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membuka kertas
siasatan berhubung aksi sumbang yang berlaku pada konsert kumpulan pop
korea (K-Pop), B1A4 di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.
Pengarahnya, Paimuzi Yahya berkata, pihaknya kesal terhadap perbuatan peluk dan cium antara ahli kumpulan K-Pop berkenaan dengan beberapa
peminat wanita beragama Islam yang bertudung.
Katanya, perlakuan beberapa peminat itu dilihat melampaui batas dan
bertentangan dengan ajaran Islam serta mengganggu sensitiviti umat Islam
di negara ini.
"Sehubungan itu, bahagian penguatkuasaan Jawi telah membuka kertas
siasatan di bawah Seksyen 29 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 1977 (Akta 599) Perbuatan Tidak Sopan Di Tempat Awam.
"Mereka yang terlibat diminta tampil bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Aksi pelukan dan ciuman antara ahli kumpulan K-Pop tersebut bersama
tiga peminatnya yang bertudung ketika berada di atas pentas konsert
mencetuskan kontroversi sehingga menjadi viral dan hangat diperkatakan
di laman sosial.
Paimuzi berkata, akta itu memperuntukkan individu yang bertindak atau
berkelakuan tidak sopan yang bertentangan dengan hukum syarak di
mana-mana tempat awam adalah suatu kesalahan.
"Jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya," katanya.
Beliau menambah, Jawi akan melakukan siasatan lanjut sekiranya terdapat bukti-bukti dan keterangan yang mencukupi.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamBagus JAWI tidak makan gaji Buta.
BalasPadamMINTA SIASAT JUGA ROSMAH MANSUR BERCIUM DGN ARTIS BOLLYWOOD.
Kalau tak larat, ko jadi penjual rokok pula lah.