Mesti anda ingat lagi tentang kisah semalam yang mengatakan suami
Alyah, Datuk Ramli MS kini sudah berkahwin lain sehingga penyanyi itu
merasakan kehidupannya kini sudah hancur dan terasa bodoh selama ini
dipermainkan suaminya itu semua tidak benar.
Menerusi kemaskini terbaru di Instagram, Alyah
memuat naik penjelasan yang mengatakan beliau terlalu mengikut emosi
sehingga mengirimkan gambar wanita yang mengganggu rumah tangganya ke
Instagram namun tidak pernah keluarkan kenyataan suami sudah berkahwin
lain.
“Saya tak pernah keluarkan kenyataan suami saya kawin dengan
perempuan tu. Maafkan saya kerana hari ini. Saya tidak dapat menahan
emosi dan saya telah lakukan kesilapan yang besar.Tapi janganlah
memanipulasikan cerita saya sampai semuanya jadi tidak benar,” tulisnya.
Jadi kita semua boleh kembali bertenang kerana Alyah dan Ramli MS
kini masih bersama dan ini semua berlaku kerana emosi penyanyi itu
sendiri.Credit RTKY
0 Response to "Alyah pohon maaf terlebih emosi akibat terlalu sayang Datuk Ramli "
Catat Ulasan