Sayu : Jenazah Adik Rafiqin ditemui dalam keadaan duduk di celah batu ( 5 Gambar )

Mangsa hilang di Hutan Lipur Sekayu, Ahmad Rafiqin Azman,16 telah ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat sekitar jam 4.00 petang tadi. Beliau yang hilang sejak 1 November lalu ketika ditemui telahpun meninggal dunia, berdasarkan laporan diterima mayat mangsa berjaya ditemui di celah batu.

Dari keadaan mayat yang ditemui, mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih dari 48 jam.Misi pencarian yang memasuki hari ke-4 berjaya memberi petunjuk yang membawa penemuan kepada kehilangan Ahmad Rafiqin setelah lebih ramai anggota penyelamat dikerah serta dengan bantuan sukarelawan dan penduduk setempat. 




Dalam keadaan hujan yang lebat, operasi membawa turun mangsa menjadi sedikit sukar dan memakan masa hampir 3 jam dengan laluan yang licin dan lembap.


Suasana sayu menyelubungi kawasan operasi SAR apabila keluarga mangsa tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja pasukan SAR membawa turun jenazah. Mangsa dikejarkan ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat. Al-fatihah salam Takziah untuk keluarga Adik Rafiqin. 

31 Responses to "Sayu : Jenazah Adik Rafiqin ditemui dalam keadaan duduk di celah batu ( 5 Gambar )"

  1. Yg duduk tu ayah mangsa klu x silap. Magsa di celah batu...

    BalasPadam
  2. Mangsa pakai baju hitam..seluar hitam

    BalasPadam
  3. ya allah...syurga lah tempat mu dik...sebaknyee

    BalasPadam
  4. al- fatihah.... moga keluarga beliau tabah menhadapi ujian Allah

    BalasPadam
  5. yang mangsa dicelah batu tu kenapa?..jatuh ke apa?

    BalasPadam
  6. Al fatihah Buat arwah,Takziah utk keluarga aminnn.

    BalasPadam
  7. Cpt btul cerita ngarut..tu bkn arwah.tu ayah dia.

    BalasPadam
  8. Al Fatihah...smoga rohnya bersama orng yg beriman...

    BalasPadam
  9. Alfatihah.. sedihnya tgk riak muka dia ni jenis kuat semangat cerdera teruk ke apa?

    BalasPadam
  10. Info Lowongan Kerja Resmi Terbaru November 2014 BUMN BANK OIL GAS Nursing JOb >>> www.infokerja-terkini.tk

    BalasPadam
  11. Kuala Berang : “Saya menemui mangsa tersepit di celah batu dengan keseluruhan badan dalam sungai dan hanya bahagian tangan di permukaan air,” kata Mohd Johari Abu Bakar, 39, yang menemui mayat Ahmad Rafikin Azman, 16, yang hilang ketika menyertai maraton ‘Terengganu International Gajah Terom Challenge’ di Hutan Lipur Air Terjun Sekayu, Sabtu lalu.
    Menurutnya, dia bersyukur apabila usaha mencari berjaya menemui mayat pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu itu, jam 3.30 petang pada jarak tujuh kilometer dari kawasan kaki bukit.
    Katanya, dia memasuki kawasan hutan lipur berkenaan pada jam 10 pagi bersama tiga anggota polis sebelum berhenti dan melaungkan azan serta memberi salam sambil menyebut nama mangsa berbinkan ibunya ketika berhenti rehat pada jarak 7.5 kilometer dari bawah.
    “Ketika itu jam 1 petang dan saya mengambil keputusan turun semula sambil mencari mangsa di kawasan sungai sebelum terbau mayat selepas turun kira-kira dua kilometer dari lokasi kami berehat.
    “Merasakan mangsa berada berhampiran kami, saya bersama rakan mula mencari sebelum menemui mangsa tersepit di celah batu dalam sungai pada jarak kira-kira satu kilometer dari ‘check point’ pertama,” katanya yang juga Ketua Pemuda UMNO Terengganu.
    Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
    Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 November 2014 @ 5:14 AM
    - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6668#sthash.dVNsiNVn.dpuf

    BalasPadam
  12. Al fatihah ...n takziah buat keluarga mangsa .. semoga semua yg terlibat trus tabah menerima ujian dr Allah swt

    BalasPadam
  13. Innalillahi wa inna ilaihi rojiuun..

    "Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu" - "Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlahnya

    اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهاُ وَارْحَمْهُا وَعَافِهاِ وَاعْفُ عَنْهاُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهاُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهاُ وَاغْسِلْهاُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهاِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهاُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهاِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهاِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهاِ وَأَدْخِلْهاُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهاُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ .
    Ya Allah, ampunlah dosanya, limpahkan rahmat kepanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dgn air, salji dan air sejuk. Brsihkannya drp kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dgn rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka amin
    ..

    BalasPadam
  14. Masyallah. .
    Salam takziah
    Tabah kan hati ahli keluarga arwah..ya Allah..
    #alfatihah

    BalasPadam
  15. Takziah pada keluarga mangsa...

    BalasPadam
  16. Salam takziah utk ahli keluarga arwah... semoga arwah tergolong di kalangan owg2 yang beriman.. amin.

    BalasPadam
  17. Salam takziah buat keluarga arwah. ...
    Al fatihah untuk arwah. ..

    BalasPadam
  18. Semoga ditempatkan dlm kalangan mereka yang diampuni dan semoga Allah memberikan kekuatan kpd keluarga mangsa.

    BalasPadam
  19. file:///C:/Users/SatelliteC840/Downloads/takziaah.jpg

    BalasPadam
  20. Salam takziah buat keluarganya. Tamat kisah adik Rafikin di dunia, kita yg masih hidup belum tentu.
    Al-Fatihah.

    BalasPadam
  21. alfateha.. sedih pabila membaca berita yg terkejut ini.. smoga rohnye dicucuri rahmat dan salam takziah pd keluarga arwah.. amin

    BalasPadam
  22. "Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu" - "Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlahnya

    BalasPadam
  23. Yg dibulatkan tu gmbr ayh adik allahyarham Rafikiqin...

    BalasPadam
  24. Please jgn sebarkan gambar yg x sahih. Sedih famili en Azman...saya mengenali beliau...dan kami ada dlm group whatsapp. Sepanjang operasi mencari kami sentiasa diberi info terkini...

    BalasPadam
  25. Alfatihah utk allahyarham adik rafiqin...

    BalasPadam