Tragis - ADO Pejabat Tanah Kuala Terengganu yang hilang ditemui mati terapung

Misteri kehilangan Penolong Pegawai Daerah (ADO) Pejabat Tanah Kuala Terengganu sejak Jumaat lalu akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui terapung dalam Sungai Kampung Tajin di Hulu Terengganu.
Sejak hilang, Wan Hariff Rafany Wan Muda, 35, dikatakan tidak menghubungi keluarganya menyebabkan keluarganya membuat laporan polis.
Polis sebelum ini menemui kereta Audi milik mangsa yang ditinggalkan berhampiran Loji Air Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd di sini.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Berang untuk bedah siasat. Punca kematian masih dalam siasatan. - Al-fatihah TT

0 Response to "Tragis - ADO Pejabat Tanah Kuala Terengganu yang hilang ditemui mati terapung"

Catat Ulasan