Sayu : #MH370 : Wajah kanak-kanak comel penumpang termuda MH370

Didalam pesawat MH370 yang hilang terdapat kanak-kanak perempuan comel yang berusia 2 tahun di dalam pesawat malang tersebut .
Ini merupakan foto penumpang termuda penerbangan MH370, seorang kanak-kanak perempuan, Wang Mohen yang berusia dua tahun.
Tiada siapa menduga percutiannya bersama kedua ibu bapa ke Malaysia berakhir dengan tragedi apabila MH370 disahkan terhempas di selatan Lautan Hindi, semalam.
Wang Mohen dan bapa, Wang Rui dan ibunya, Jiao Weiwei menaiki pesawat tersebut untuk kembali ke Beijing selepas menghabiskan percutian di Malaysia, Wang dan keluarga kini hilang tanpa jejak bersama krew dan penumpang lain pesawat MH370, sungguh sayu dan sedih apa yang berlaku.
Menurut seorang rakan rapat keluarga itu, Xie Yongzhen berkata kepada New York Times, Wang Rui sekeluarga bercuti ke Malaysia untuk ‘melarikan diri’ seketika daripada kualiti udara tidak sihat yang melanda Beijing baru-baru ini, tidak di sangka pula apa yang mereka lari kan terus hilang tanpa jejak.

0 Response to "Sayu : #MH370 : Wajah kanak-kanak comel penumpang termuda MH370 "

Catat Ulasan