Sebak : Kad ucapan Hari Raya dijumpai di lokasi nahas MH17


Tak dapat dipastikan daripada siapa dan untuk siapa, tetapi kad ucapan Hari Raya yang ditemui di lokasi nahas MH17, boleh membuatkan sesiapa sahaja rasa sebak.

Kad ucapan yang masih dalam keadaan baik ini ditemui oleh anggota puak pemberontak. Ketika wartawan The Star membuat liputan di lokasi nahas, dia ditemui anggota pemberontak berkenaan. 

Sebaik mengetahui wartawan tersebut dari Malaysia, dia menyerahkan kad yang beralamat Malaysia itu kepada wartawan terbabit dan meminta agar kad itu diserahkan kepada penerimanya.

Kad ucapan pengganti diri walau diri tak dapat bersama di Hari Raya. Pastinya kad ini akan menjadi kenangan terakhir yang memilukan buat si penerima. Semoga mereka tabah menghadapi ujian ini.

0 Response to "Sebak : Kad ucapan Hari Raya dijumpai di lokasi nahas MH17"

Catat Ulasan