Gambar 5 Maut 4 cedera dalam dua nahas balik raya di Gua Musang


GUA MUSANG : Lima maut manakala empat lagi cedera dalam dua nahas berasingan di daerah Gua Musang, siang tadi.

Dalam kemalangan pertama, tiga maut di tempat kejadian apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah bas di kilometer 17, Jalan Gua Musang-Kuala Lumpur berhampiran Rantau Manis.

Dalam kejadian sekitar jam 1.30 tengahari itu mangsa  yang maut di tempat kejadian dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.

Mangsa adalah Zulkifli Talib, 46, Suhariza Hasan, 36 dan Mohd Zuki Arriffin, 41 tahun.

Kesemua mereka dikatakan dalam perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut hari raya yang dijangka jatuh pada Isnin ini.

Dalam kejadian tersebut kereta yang dipandu salah seorang mangsa dikatakan cuba memotong sebuah kenderaan namun gagal dan bertembung dengan sebuah bas persiaran yang datang dari arah bertentangan.





Manakala dalam kemalangan kedua yang berlaku di Aring Lapan, jam 10 pagi tadi, dua terbunuh  dan empat lagi cedera.
Mangsa yang maut adalah Mohd Kosim Rashid, 39, dan adik iparnya, Azliana Abdul Kadir, 30.

Manakala empat mangsa yang cedera adalah isteri mangsa, Arini Abdul Kadir, 37, serta tiga anaknya iaitu Umaira, 9, Mohd Aniq Aizat, 10, dan Alisa Balqis, 6.

Dalam kejadian tersebut kereta yang dipandu mangsa dikatakan terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kenderaan lain.

Keluarga ini dalam perjalanan pulang ke kampung halaman dari Kuala Terengganu ke Kampung Bertam.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan kejadian. Al-fatihah 


1 Response to "Gambar 5 Maut 4 cedera dalam dua nahas balik raya di Gua Musang "