Pelakon Chacha Maembong memberitahu dia mempunyai alasan tersendiri
untuk tidak menggayakan busana yang direka khas oleh pereka fesyen
Ezuwan Ismail pada saat-saat akhir untuk menghadiri Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) pada Jumaat lalu.
Bagaimanapun, Chacha atau nama sebenarnya, Siti Aishah Ismail, 18,
berkata, dia sudah memaklumkan hasrat berkenaan dan meminta maaf
terlebih dahulu kepada Ezuwan.
"Bukan niat saya mahu kecewakan dia tetapi saya ada sebab sendiri kenapa
tidak memakainya pada saat-saat akhir dan perkara itu sudah pun
dimaklumkan kepada Ezuwan sebelum ke majlis anugerah tersebut.
Chacha (kanan) memilih untuk menggayakan busana daripada Fazil Diandra Couture pada malam ASK 2014.
"Saya memang nak pakai tetapi keadaan tidak mengizinkan dan pembantu
saya sudah menguruskannya dan meminta maaf atas perkara yang terjadi
itu," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Chacha berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai luahan pereka
fesyen Ezuwan Ismail yang kecewa apabila baju rekaannya tidak dipakai
Chacha pada ASK 2014 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dekat sini pada Jumaat lalu.
Ezuwan melalui laman Instagram miliknya berkata, pelakon tersebut tidak
memberikan sebarang alasan bertindak sedemikian dan tanpa rasa bersalah
menggayakan busana pereka fesyen lain pada malam tersebut.
|
Ezuwan Ismail |
Sementara itu, Chacha berkata, dia juga kesal dengan tindakan Ezuwan
yang memuat naik kenyataan di laman sosial tanpa menghubunginya terlebih
dahulu.
"Saya pun terkejut dan terasa hati apa yang dia tulis di laman sosial
itu. Tidak salah kalau dia hubungi saya sahaja untuk beritahu perkara
itu. Lagi pun dia tahu sebab apa saya tidak pakai baju itu," katanya.
Jelas Chacha, dia bernasib baik kerana dapat mencari baju pengganti
iaitu rekaan Fazil daripada butik Diandra Couture pada saat-saat akhir
untuk ke majlis berkenaan. Mstar
0 Response to "Punca Chacha kekwat dan gagal gaya kan fesyen Ezuwan Ismail "
Catat Ulasan