Bagi pendapat admin amat tidak logik kanak-kanak seawal 2-7 tahun boleh pecahkan kunci jeriji rumah ibu angkat mereka untuk lari siap dibekalkan wang RM70 ringgit dengan beg pakaian untuk lari dan merayau, namun ini sekadar pendapat.
Apa-apa pun ini penjelasan ibu angkat kanak-kanak berkenaan melaluai akhbar Harian Metro.
Sibu: Empat kanak-kanak yang ditemui merayau-rayau di sebuah restoran di Sibu Jaya petang Sabtu lalu difahamkan keluar dari rumah tanpa kebenaran, bukannya dihalau ibu bapa angkat mereka sebagaimana yang tersebar dan menjadi viral di laman sosial.
Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Mohd Kamal Kodri berkata, ibu angkat mangsa berusia 32 tahun yang tinggal di Taman Kristal, di sini, membuat laporan polis Ahad lalu memaklumkan empat anak angkatnya berusia dua hingga tujuh tahun tiada di rumah.
Katanya, semua kanak-kanak itu ditinggalkan di rumah sebelum wanita berkenaan keluar, tetapi sebaik pulang mendapati mereka tiada di rumah dengan mangga kunci jeriji dipecahkan.
"Hasil siasatan awal bersama ibu angkat kanak-kanak itu, dia mengesahkan tiga kanak-kanak berusia dua, enam dan tujuh tahun itu diambil sebagai anak angkat daripada saudaranya pada awal tahun lalu, manakala seorang lagi yang berusia tujuh tahun diambil sejak lahir.
"Wanita itu memaklumkan, ketika dia keluar, anak angkatnya ditinggalkan di rumah dengan jeriji dikunci dengan mangga. Mereka ditinggalkan tanpa penjaga, namun semua keperluan seperti makanan disediakan," katanya.
Namun pihak berwajib kini sedang menyiasat dengan terperinci apa yang berlaku di khuatiri ada unsur-unsur penderaan dan sebagai nya.
Kanak ini kini ditempatkan di Hospital Sibu dibawah pengawasan pihak Hospital kes ini dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Sibu.
Diharap 4 beradik ini mendapat pembelaan sewajar nya dan apa yang berlaku kepada mereka di siasat dengan teliti.
0 Response to "Punca sebenar 4 beradik merayau terungkai namun tidak logik ? "
Catat Ulasan