5 Gambar kereta Hairuddin Omar kemalangan dan terbakar

Hari ini saja, sudah tiga kisah membabitkan selebriti tempatan yang terlibat dengan kemalangan jalan raya.
Pemain bola sepak yang juga kapten pasukan ATM, Hairuddin Omar juga dilaporkan mengalami kemalangan sehingga menyebabkan bahagian hadapan keretanya terbakar.
Perkara malang itu dikongsikan Hairudin atau lebih dikenali sebagai Hai-O menerusi laman Facebook, yang mana dirinya begitu bersyukur kerana masih lagi dipanjangkan umur oleh Allah SWT.
Dia juga redha dengan musibah yang menimpa dan percaya segala yang berlaku pasti ada hikmahnya di kemudian hari.
Buat Hai-O, semoga tabah dan sabar dengan ujian menimpa dan lebih berhati-hati lagi selepas ini ya ketika memandu kerana malang sesungguhnya tidak berbau. MNH

0 Response to "5 Gambar kereta Hairuddin Omar kemalangan dan terbakar "

Catat Ulasan