Kisah sebenar disebalik murid Sekolah Galas beg Kotak ?

Hari ini, gambar mengenai seorang murid sekolah menggalas beg yang diperbuat daripada kotak tersebar di laman sosial.

Maka ramailah yang berasa simpati dan mengatakan kononnya di mana bantuan kerajaan.

Hakikatnya pengguna media sosial tertipu dengan gambar tanpa mengetahui fakta sebenar.

Sebenarnya, murid tersebut membawa pulang sekotak susu yang diberikan oleh kerajaan pada hari terakhir persekolahan sesi 2014.

Seorang pengguna Facebook bernama Rozali Salleh, beliau menjelaskan.

“Gambar ini diambil semasa hari terakhir penggal persekolahan di sebuah sekolah dalam daerah pensiangan… mamandangkan sekolah bakal berakhir, guru-guru mengedarkan stok susu sekolah kepada pelajar… oleh kerana pelajar ini tiada bekas untuk membawa susu tersebut pulang… maka dengan kreativitinya sendiri dia menggunakan kotak tersebut dan menggunakan tali rafia untuk menyandang beg tersebut.”

Ingat ya, anda perlulah meniti dulu kesahihan sesuatu perkara sebelum membuat pelbagai tomahan kepada sesetengah pihak. 

Dalam pada itu PENGARAH Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Datuk Jame Alip mengesahkan gambar murid lelaki menyandang 'beg kotak' yang tersebar di laman sosial dan aplikasi WhatsApp dirakam di sebuah sekolah di pedalaman Pensiangan pada 2014. 

Murid terbabit berbuat demikian untuk memudahkannya membawa pulang susu 1Malaysia dan bukan kerana tidak mempunyai beg sekolah.
PENGARAH Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Datuk Jame Alip mengesahkan gambar murid lelaki menyandang 'beg kotak' yang tersebar di laman sosial dan aplikasi WhatsApp dirakam di sebuah sekolah di pedalaman Pensiangan pada 2014. Murid terbabit berbuat demikian untuk memudahkannya membawa pulang susu 1Malaysia dan bukan kerana tidak mempunyai beg sekolah - See more at: http://www.hmetro.com.my/#sthash.MWDSPyac.dpuf

0 Response to "Kisah sebenar disebalik murid Sekolah Galas beg Kotak ?"

Catat Ulasan