Sports - Missy Franklin rangkul Anugerah Wanita Terbaik Laureus 2014 di KL

Kuala Lumpur : Anugerah Wanita Terbaik Laureus 2013 dirangkul oleh perenang dari Amerika Syarikat, Missy Franklin.
Franklin mengetepikan lima pencalonan lain iaitu Nadine Anger dari Jerman (bolasepak), Shelly-Ann Fraser-Pryce (olahraga, Jamaica), Yelena Isinbayeva (olahraga, Russia), Tina Maze (ski, Slovenia) dan Serena Williams (tenis, AS).

Juara dunia empat kali  Formula Satu, Sebastian Vettel  dari Jerman merangkul gelaran Atlet Lelaki Terbaik Tahunan Laureus pada majlis Anugerah Dunia Sukan Laureus  2014.


Vettel, 26, menjadi pelumba paling muda bergelar juara dunia empat kali berturut-turut berjaya menarik perhatian juri selepas lima kali dicalonkan dalam kategori ini sekaligusmenyertai barisan legenda lain sebelum ini seperti Juan Manuel Fangio, Michael Schumacher dan Alain Prost yang meraih trofi terbaik ini.

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Dunia Sukan Laureus 2014

Pemenang Anugerah dalam tujuh kategori diumumkan. Pemenangnya adalah:
  1. Atlet Lelaki Terbaik Tahunan Laureus: Sebastian Vettel
  2. Atlet Wanita Terbaik Tahunan Laureus: Missy Franklin
  3. Pasukan Terbaik Tahunan Laureus: Bayern Munich
  4. Pencapaian Cemerlang Tahunan Laureus: Marc Márquez
  5. Kemunculan Semula Terbaik Tahunan Laureus: Rafael Nadal
  6. Atlet Kurang Upaya Terbaik Tahunan Laureus: Marie Bochet
  7. Aksi Sukan Terbaik Tahunan Laureus: Jamie Bestwick
Anugerah Dunia Sukan Laureus ini pertama kali berlangsung di Kuala Lumpur dan Istana Budaya menjadi lokasi anugerah berprestij ini turut dihadiri jaguh sukan tanah air Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol Ann David dan Pandelela Rinong.

0 Response to "Sports - Missy Franklin rangkul Anugerah Wanita Terbaik Laureus 2014 di KL "

Catat Ulasan