Adakah anda masih bersedih dengan kekalahan pasukan negara yang anda sokong ?
Janganlah terlalu sedih atau mengambil hati kerana ini boleh mengancam kehidupan seks anda.
Kajian telah membuktikan bahawa apabila anda susah hati dan berasa sedih, ia akan mengancam kehidupan seks anda.
Perunding andrologist Dr Mohd Ismail Mohd Tambi berkata bahawa jika anda turut bertaruh dalam Piala Dunia 2014, anda akan alami tekanan besar dan mungkin terpaksa dihantar ke hospital akibat sakit dada, serangan jantung dan masalah gastrik.
Selain itu, kekurangan tidur akibat menonton perlawanan bola sepak itu akan memudaratkan kehidupan seks anda.
Ia adalah lebih baik jika pasangan suami isteri merupakan peminat bola sepak untuk kumpulan atau negara yang sama. Jika tidak, peminat bola sepak haruslah menonton untuk menikmati perlawanan dan bukannya terlampau khusyuk sehingga lupa diri.
Ahli psikologi klinikal perunding di Universiti Monash Paul Jambunathan kata ini semua di fikiran anda. Apabila emosi anda negatif, organ seks dan nafsu seks anda akan terjejas.
Dan apabila pasukan yang anda sokong menang, emosi gembira itu pula memupuk nafsu seks dan anda akan menjerit dan melompat-lompat. Namun begitu, anda seharusnya berjaga-jaga dan tidak menyambut kemenangan itu secara keterlaluan juga.
Dari segi pemain bola sepak pula, Dr Ismail berkata ia adalah berbeza untuk mereka kerana hubungan seks boleh melepaskan testeron dan mereka boleh bermain perlawanan yang seterusnya dengan lebih mantap.
Dr Ismail menggunakan contoh pasukan Itali yang telah melanggan 'call girls' sebelum perlawana besar mereka terhadap Perancis pada tahun 2006 dan akhirnya menang perlawanan akhir tersebut.sumber
0 Response to "Bola sepak Piala Dunia ancam hubungan kelamin "
Catat Ulasan