4 Gambar anak kedua Irma Hasmie selamat dilahirkan

Ketibaan Syawal kali ini pasti meriah bagi pelakon, Irma Hasmie apabila pelakon itu selamat melahirkan anak keduanya yang diberi nama Irma Nur Naylie.

Bayi perempuan seberat 3.58 kilogram itu dilahirkan pada pukul 4.10 petang semalam di sebuah hospital swasta di ibu kota di sini, hari ini.



Dalam pada itu, suami Irma, Redza Syah memuat naik gambar anak keduanya di laman sosial instagramnya dan memaklumkan bahawa isteri dan anaknya berada dalam keadaan yang baik.

"Selamat datang ke dunia ni sayang, ikrar kami untuk menjaga dan bertanggungjawab ke atas dirimu sebagai hadiah yang tidak ternilai dari Allah. Jadilah anak yang solehah itu harapan kami," katanya menerusi akaun instagramnya.

0 Response to "4 Gambar anak kedua Irma Hasmie selamat dilahirkan "

Catat Ulasan