5 Gambar Pra Perkahwinan Park Ji Sung bekas pemain Man U

Gambar pra perkahwinan bekas pemain bola sepak pasukan Manchester United yang berasal dari Korea Selatan, Park Ji Sung telah didedahkan oleh jurugambar rasmi majlis perkahwinannya yang akan diadakan pada 27 Julai ini.
KAMA Studio membidik gambar Park dan pasangannya, pengacara popular, Kim Min Ji di mana Park kelihatan kacak mengenakan sut hitam putih manakala Kim pula menggayakan gaun pengantin berwarna putih gading.



Park yang telah bersara daripada arena sukan bola sepak bakal mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup yang hanya akan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan baiknya.
Pada Mei lalu, Park mengumumkan persaraannya dan akan memulakan kehidupan baharu di Eropah bersama isterinya selepas melangsungkan perkahwinan kelak. MNH

0 Response to "5 Gambar Pra Perkahwinan Park Ji Sung bekas pemain Man U"

Catat Ulasan