Lima gadis berjaya mendarat seekor ikan raksasa seberat 300kg ikan ini adalah jenis tuna sirip biru ini berharga 1.9 juta mengikut harga pasaran, mereka telah dibenarkan untuk menjual ikan tersebut.
Ikan itu ditemui di luar pantai Cornish oleh Sarah Little, 22, Laura Pickervance, 23, Hannah Ford, 24, Shauna Creamer, 23 dan Charlotte Chambers, 24.
Ia diukur 2.1 meter dan ditemui terapung di dalam air setinggi pinggang di tepi pantai apabila rakan-rakan menikmati percutian di Kingsand, Cornwall.
Ikan jenis ini pernah di jual dengan nilai 3 juta di Jepun |
Ikan yang sangat jarang dijumpai di perairan British ini di mana ia adalah diharam untuk menangkap nya kerana terikat dengan kawalan peraturan pemuliharaan EU.
Tetapi sedih untuk gadis-gadis tersebut kerana ikan seberat 300kg telah diambil oleh pegawai-pegawai dari Pengurusan Organisasi Marin, sebahagian daripada Defra, Jabatan Alam Sekitar, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar.
Ikan ini dilaporkan akan diserah kepada pihak berkuasa untuk diangkut ke Universiti Exeter bagi membuat kajian oleh saintis di sana. Dailymail
0 Response to "5 wanita berjaya mendaratkan ikan tuna biru bernilai 1.9 juta "
Catat Ulasan