Adi Putra tidak tinggal sebumbung dengan isteri|Menurut ruangan Laser Miss J di Pancaindera, katanya, ada pihak yang mendakwa, sejak isu skandal itu kembali dibangkitkan, Adi dan isterinya dilihat kurang bercakap antara satu sama lain.
Pelik juga kami membacanya, maklumlah sejak awal kes skandal ini, isteri Adi pernah mengaku yang isu tersebut langsung tidak menggugat keharmonian rumah tangga mereka. Takkanlah bila kes dibuka semua hubungan mereka terus bermasalah, betul tak?
Kata Miss J lagi, Adi tak mempunyai banyak masa bersama keluarga dek kerana jadualnya yang padat dan selalu berulang alik dari Malaysia ke Singapura.
Mengikut Portal OH BULAN !, baru-baru ini Adi dan isterinya hadir bersama untuk menjayakan majlis iftar serta meraikan ulangtahun ke-3 penubuhan kelab peminat Adi Putra.
Jadi pada kami soal mereka tak tinggal sebumbung mungkin kurang benar kerana melalui foto-foto kelab peminat Adi, kedua-duanya nampak masih bahagia. Tak tahulah kalau kemesraan yang dipaparkan cuma sekadar lakonan sahaja. Wallahualam.
Apapun, jika benar hubungan mereka masih baik, baguslah. Kami pun ikut sekali mendoakan kebahagiaan rumahtangga Adi Putra dan Aida.
0 Response to "Adi Putra tidak tinggal sebumbung dengan isteri ?"
Catat Ulasan