Datuk Saudara Iqram Dinzly merupakan Kapten Pesawat MH17

Malam tadi satu dunia seolah-olah terpana dek tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines MH17 yang telah terhempas di Ukraine berdekatan dengan sempadan Rusia.
Hingga sekarang insiden tersebut masih lagi mengejutkan seluruh rakyat Malaysia. Malah, sebagai tanda menghormati simpati terhadap tragedi tersebut, ramai selebriti tampil memberikan ucapan takziah melalui laman sosial.

Namun, perasaan hiba lebih dirasai oleh Iqram Dinzly apabila dikhabarkan datuk saudaranya antara 15anak kapal yang bertugas dalam pesawat malang itu.

Melalui laman sosial Instagram miliknya, Iqram telah memuat naik sekeping foto yang jelas menunjukkan senarai nama krew pesawat MH17.
Melalui kapsyen yang ditulis pula, Iqram mengesahkah bahawa kapten pesawat MH17 yang bernama Wan Amran Wan Hussin  adalah datuk saudaranya. Al-fatihah OB 

0 Response to "Datuk Saudara Iqram Dinzly merupakan Kapten Pesawat MH17"

Catat Ulasan