Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditemui dalam keadaan terbiar dibenar keluar dari Wad Kanak-Kanak Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini pagi tadi.
Remaja kurang upaya berkenaan dibenarkan keluar kira-kira 9.40 pagi dan kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban bagi membolehkan JKM mendapatkan perintah hak penjagaan dan perlindungan sementara ke atasnya.
Selepas ini Firdaus akan ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah dan sepanjang tempoh itu, pegawai JKM akan menyediakan laporan sama ada Firdaus akan ditempatkan secara kekal atau tidak di situ.
Berlainan pula nasib IBU Firdaus , Lolanopita Sadi, 40, yang terpaksa hadir ke Mahkamah Seremban 2, bagi mendengar sebutan semula kes pertuduhan mengabaikan anaknya.
Diharap sempena Syawal yang mulia ini agar " Lola " dapat dipertemukan dengan Firdaus walaupun ramai yang beranggapan perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku setelah apa yang lola lakukan terhadap Firdaus.
Bagi pendapat admin " Lola " tetap ibu firdaus walau siapa pun beliau mungkin beliau dan berubah dan kesal terhadap apa yang di lakukan terhadap firdaus.
0 Response to "Dua Wajah Terkini yang berbeza Firdaus " Ceria " dan Ibu " Duka " ."
Catat Ulasan