Cuba bayangkan anda dapat balik kampung, satu kereta dengan artis kegemaran anda?
Seronok, kan? Itulah yang akan anda nikmati jika anda memenangi peraduan ‘Jalan-Jalan Balik Kampung Bersama Shell V Power’.
Peraduan anjuran Shell Malaysia ini merupakan salah satu cara untuk mempromosikan Shell V Power sebagai pelincir pilihan rakyat Malaysia untuk perjalanan balik kampung sempena Hari Raya yang bakal menjelma tidak lama lagi.
4 selebriti ternama tanah air turut dipilih untuk mempromosikan Shell V Power. Mereka ialah pasangan suami isteri Farid Kamil dan Diana Danielle, Heliza Helmi dan Nabil Ahmad.
Menurut Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn.Bhd. dan Shell Timur Sdn.Bhd., Tuan Haji Azman Ismail, rakyat Malaysia kini boleh berkongsi kegembiraan balik kampung bersama selebriti pilihan mereka.
Pemilihan 4 selebriti ini adalah sebagai satu langkah Shell untuk lebih mendekati rakyat Malaysia. Bagi Tuan Haji Azman, adalah penting bagi sebuah jenama besar seperti Shell untuk membina hubungan yang baik dengan masyarakat. Justeru selebriti yang dipilih juga dilihat begitu dekat di hati rakyat Malaysia.
Bagi pelawak terkenal, Nabil Ahmad, mengakui merasa bangga dengan pemilihannya memandangkan Shell V Power merupakan pelincir pilihannya sejak dahulu lagi.
“Saya dahulu bekerja sebagai dispatch dan menaiki motosikal untuk ke mana-mana. Sekarang ada rezeki lebih sikit, jadi mampu beli motosikal yang lebih mahal. Tetapi tak kisahlah apa jenis motosikal sekalipun, Shell V Power membuatkan perjalanan lebih cepat dan lancar,” katanya.
Untuk menyertai peraduan ini, senang sahaja. Anda cuma perlu berkongsi tips balik kampung yang paling menarik dengan artis pilihan anda. Tips terpilih akan memenangi perjalanan balik kampung dan makan malam bersama artis yang dipilih.
Untuk maklumat lanjut, bolehlah mengunjungi www.shell.com.my/balikkampung. Peraduan bermula pada 14 Julai 2014 sehingga 10 Ogos 2014. sumber
0 Response to "Farid , Diana , Heliza Helmi dan Nabil ajak peminat balik kampung beraya ? "
Catat Ulasan