Sejarah krisis Russia dan Ukraine sehinggakan MH17 mangsa

Kejadian malang yang menimpa pesawat Malaysia Airlines MH17 juga telah memberi tumpuan kepada krisis antara Russia dan Ukraine.Sebelum menuding jari, lebih penting memahami sejarah Ukraine dan Russia.

Krisis ini bermula pada 2013 apabila Presiden Ukraine ketika itu Viktor Yanukovych telah menolak kerjasama bersama Kesatuan Eropah dan sebaliknya memilih tawaran pinjaman RM45 billion daripada Russia. 

Keputusan ini menjadi isu yang kontroversi kerana negara Ukraine secara tradisinya memang berpecah kepada dua golongan iaitu satu pro-EU dan satu lagi pro-Russia. 

Mereka yang pro-EU telah mencetuskan revolusi Euromaidan yang berakhir dengan pengorbanan 100 orang awam. Presiden Yanukovych pula melarikan diri ke Russia.

Masalahnya revolusi ini tidak berakhir begitu sahaja, malah Presiden Russia, Vladimir Putin dengan pantas menggerakkan tentera Russia mengawal sempadan Russia-Ukraine dan pada masa yang sama menghantar pasukan bersenjata untuk mengepung Wilayah Crimea.

Sebaik Russia mengawal Wilayah Crimea, satu referendum diadakan di kalangan rakyat Crimea sama ada mereka mahu menyertai Russia atau kekal bersama Ukraine. 97% memilih menyertai Russia dan secara rasminya, Vladimir Putin telah mengisytiharkan Crimea sebagai wilayah Russia.

Amerika Syarikat dan EU telah mengenakan sekatan ekonomi kepada sesiapa yang berkait rapat dengan Putin sebagai tindak balas kepada tindakan Putin.

Krisis menjadi semakin serius apabila Russia meneruskan operasi ketenteraan sepanjang sempadan di Timur Ukraine. 
Secara tidak langsung, pejuang-pejuang pro-Russia bertempur dengan pihak ketenteraan Ukraine. Dua hari lepas sebuah pesawat pejuang Ukraine telah ditembak jatuh oleh pihak pemisah Russia. Kerajaan Ukraine mendakwa pihak pemisah tidak mungkin memiliki senjata secanggih itu.
Kini siasatan berkenaan kejadian MH17 dijalankan. Yang mampu kita lakukan adalah doakan terbaik.

(Kredit fakta kepada penganalisa politik, Mohd Fakhruradzi)

0 Response to "Sejarah krisis Russia dan Ukraine sehinggakan MH17 mangsa "

Catat Ulasan