Video : Wanita conteng kereta mewah kekasih kerana curang

Barranquilla : Seorang wanita mencetuskan sensasi di internet selepas dia menconteng kereta mewah milik teman lelakinya yang curang dengan seorang wanita lain.
Wanita tersebut, Maria Alejandra Samaniego, 25, berang selepas dia mendapati teman lelakinya, Pabil Muniz Quintanilla, 27, sedang berasmara dengan wanita lain di kediaman mereka di bandar ini.

Samaniego yang berang dengan sikap teman lelakinya itu kemudiannya menconteng kereta jenis Mercedes-Benz milik Quintanilla dengan pelbagai perkataan penghinaan.
Sejak dimuat naik di internet, video itu telah ditonton lebih 100,000 kali dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna di laman sosial.

Seorang rakan Samaniego telah merakamkan video dan gambar wanita itu sedang menconteng kereta teman lelakinya sebelum memuat naik imej berkenaan di internet baru-baru ini.
“Itu adalah salah satu cara yang bagus untuk mengajar lelaki yang curang,” kata seorang pengguna. Credit - Agensi

0 Response to "Video : Wanita conteng kereta mewah kekasih kerana curang"

Catat Ulasan