Video - Pelajar U rompak Butik Online di Shah Alam ?

Modus operandi rompakan secara pecah masuk kini semakin mudah diketahui apabila kebanyakan premis dilengkapi kamera rakaman tertutup (CCTV).
Dalam kejadian 11.30 pagi 8 Julai lalu, sebuah butik online terkenal di Seksyen 7, Shah Alam turut menjadi mangsa rompakan dan rakaman kejadian kini telah tersebar.
Daripada rakaman dapat dilihat, dua suspek sudah merancang untuk merompak apabila bergegas masuk ke dalam butik sebelum mengeluarkan parang daripada beg mereka.
Apa yang mengejutkan, mangsa mendakwa terlihat suspek memakai kad matrik sekaligus menimbulkan persoalan apakah mereka penuntut universiti?
Dua perompak terbabit yang melarikan wang tunai, komputer riba dan aksesori wanita kini sedang diburu polis. Dua pekerja butik tidak diapa-apakan namun mereka dilaporkan masih trauma dengan kejadian ini.sumber

0 Response to "Video - Pelajar U rompak Butik Online di Shah Alam ?"

Catat Ulasan