Seorang pemain bola tampar dari Kazakhstan kini dipinggirkan oleh ahli pasukannya kerana wajah cantiknya itu menyebabkan dia menjadi tumpuan setiap kali perlawanan diadakan.
Sabina Altynbekova, 18, dan menyertai pertandingan Bola Tampar bawah 19 tahun untuk Kazakhstan di Taiwan.
Namun disebabkan kecantikannya itu, media tempatan lebih banyak menulis mengenai dirinya berbanding dengan perlawanan tersebut.
Keadaan itu mengakibatkan teman-teman seperjuangannya berasa tidak puas hati, malah media di negaranya juga telah mengkritik pihak lain yang obses dengan kecantikan Sabina.
“Penonton hanya merenung dia dan mereka tidak lagi berminat dengan pertandingan,’’ demikian lapor seorang wartawan , Vesti dari akhbar terkenal Kazakhstan iaitu Kazakh, Malah jurulatih Sabina turut merungut mengenai keadaan tersebut.
0 Response to "Video : Pemain bola tampar cute jadi masalah pada pasukan ? "
Catat Ulasan