4 Gambar Aksi komando wanita terhebat

BAGAI menjadi satu kemestian, filem aksi sering dikaitkan dengan kaum lelaki, di mana heronya sering kali digambarkan mempunyai badan sasa, dengan lengan berotot bersama aksi yang cukup mantap.

Namun, demi membawa kelainan dan memecah tradisi itu, Christopher Ray mengarahkan sebuah filem yang hampir bersamaan dengan filem The Expendables, tetapi menampilkan barisan wanita sebagai peneraju dalam filem ini.

Bukan itu sahaja, wanita yang ditampilkan di dalam filem ini begitu teruja memegang senjata merbahaya, berlawan fizikal mahu pun melakukan aksi-aksi lasak.

Tanpa perlu imej janaan komputer (CGI) yang berlebihan, atau wanita seksi yang terlampau, namun ternyata filem terbaru terbitan The Asylum Home Entertainment itu menampilkan kelainan apabila memilih sekumpulan wanita sebagai penggerak utama perjalanan cerita yang mendebarkan itu.



Ia menampilkan empat wanita bernama Clay (Zoe Bell), Kat (Kristanna Loken), Raven (Vivica A. Fox) dan Mei-Lin (Nicole Bilderback).

Dengan penyatuan ini, anda akan dapat melihat wanita, botox dan senjata digabungkan dalam satu filem yang cukup padat dengan aksi dan pertempuran senjata api.

Keempat-empat mereka sebenarnya mempunyai kehebatan tersendiri yang dipercayai oleh pihak CIA mampu untuk menumpaskan penjenayah-penjenayah tersebut.

Bukan calang-calang wanita, mereka terdiri daripada pakar pertahanan diri, pakar membidik tepat, pakar bom dan pakar taktikal.

Gabungan empat wanita luar biasa ini sungguh menarik dan menjadi kekuatan untuk penonton terus mengikuti misi mereka sehingga akhir.

Kisahnya bermula apabila satu misi merbahaya yang diatur oleh pihak CIA dalam usaha menyelamat anak Presiden Amerika yang telah diculik  oleh sekumpulan penjenayah antarabangsa ketika melawat zon perang.

Kumpulan elit yang dianggotai oleh pejuang komando wanita ditugaskan untuk menyusup ke sebuah penjara wanita bagi menyempurnakan misi sulit tersebut.

0 Response to "4 Gambar Aksi komando wanita terhebat"

Catat Ulasan