Erti kemerdekaan bagi dua si jelita

Malaysia Di Sini Lahir­nya Sebuah Cinta menjadi tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-57. Uniknya, ia dipetik daripada lagu Warisan dendangan Allahyarham Sudirman Arshad yang menjadi siulan wajib setiap kali tiba tarikh keramat, 31 Ogos.
Tema itu sangat bersesuaian dengan suasana semasa yang diselubungi kepiluan berikutan dua tragedi besar menimpa negara.
Dugaan perit kehilangan pesawat penerbangan MH370, diikuti insiden MH17 yang ditembak jatuh baru-baru ini, membangkitkan penyatuan dan rasa cinta rakyat terhadap negara.
Tanpa mengira bangsa dan agama, semua sepakat bangkit mempertahankan maruah negara yang menjadi titik tumpu negara luar.

Sempena edisi khas Merdeka, SELEBRITI menggandingkan pendatang baru yang kian menempa nama, Amyra Rosli dan bintang terkenal, Yana Samsudin bagi membicarakan rasa kecintaan terhadap negara. SELAMAT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KE 57 

0 Response to "Erti kemerdekaan bagi dua si jelita "

Catat Ulasan