Satu kejadian samun dan rompak telah berlaku di Lot 1195, Sentosa, Wakaf
Berangan Sri Aman Pasir Puteh kelmarin.
Kejadian yang berlaku pada jam kira-kira 1.40 petang itu disahkan oleh bilik
Gerakan IPD Pasir Puteh Kelantan telah menerima panggilan telefon.
Siasatan awal yang dibuat oleh pihak Polis dirumah mangsa didapati pada masa
kejadian tersebut terdapat 3 org berada dirumah iaitu mangsa Hat Tema Bt Mat
Zin, Nur Shafiqa bt Lah, 22 tahun dan Nur Shafatini bt Lah.
Dua lelaki melayu menaiki motosikal dan telah masuk ke dalam rumah tanpa
membuka topi keledar yang mempunyai visor manakala seorang lagi suspek telah
menendang pintu bilik air di mana mangsa Nur Shafiqa sedang mandi.
Setelah pintu terbuka suspek telah tarik mangsa ke ruang tamu rumah dan
mangsa dapati emak Mangsa (Hat Tema) sedang terbaring di ruang dapur rumah.
Kemudian mangsa Nur Shafiqa telah diminta oleh salah seorang saspek untuk
mencabut sebentuk cincin yang sedang dipakai oleh mangsa iaitu ibu Nur Shafiqa
yang sedang terbaring di atas lantai.
Nur Shafiqa kemudiannya telah dibawa masuk ke dalam salah satu bilik dan
saspek telah mengambil satu telefon bimbit miliknya jenis iPhone 5.
Semasa di dalam bilik itu juga, Shafiqa telah melihat suspek membuka seluar
dan pada anggapannya dia akan dirogol oleh penyamun tersebut namun saspek pakai
semula seluar apabila suspek yang kedua yang berada di luar bersama dengan ibu
mangsa memanggilnya.
Suspek pertama terus keluar dari bilik dan kemudian masuk semula kedalam
bilik serta menumbuk muka mangsa dan toreh muka mangsa dengan pisau kerana
mangsa melawan.
Suspek kemudian keluar dari bilik dan seterusnya Nur Shafiqa terus kunci
bilik dari dalam dan kemudian berteriak ikut tingkap untuk minta bantuan. Saspek
dipercayai melarikan diri apabila mendengar mangsa berteriak meminta
bantuan.
Pada masa yang sama adik mangsa iaitu Nur Shafatini turut berada didalam
rumah. Adik mangsa berada dalam bilik berlainan pada ketika itu dan telah
bersembunyi di bawah katil ketika suspek menendang pintu bilik.
Walaubagaimana pun beliau tidak nampak saspek yang masuk ke dalam rumah
mereka. Nur Shafatini kemudiannya telah menghubungi pihak polis dan juga
ambulans.
Setelang Polis dan ambulan tiba serta membawa kedua-dua mangsa Hat Tema dan
Nur Shafiq telah dibawa ke Hospital Tengku Anis bagi menerima rawatan dan akan
dirujuk ke HUSM untuk rawatan lanjut.
Sama-sama kita doa kan semoga eqa cepat sembuh #Prayforeqa dan terus tabah hadapi dugaan ini. Oleh Tiffany HNS
Kadang2 penceroboh yang rakus hingga kuat nafsu seksualnya mungkin ada juga kaitan dengan pengambilan "pil kuda" atau syabu atau dadah perangsang yang lain....
BalasPadamSaya teringat kata-kata anak buah kawan saya yang ketagihan pil kuda di Kelantan....kadang2 waktu stim dadah dia sendiri tidak ingat apa yang dilakukannya terutama jika dicampur dgn pil tidur...
Alhamdulillah kini anak buahnya itu telah berjaya dirawat di sini:
https://www.facebook.com/pages/Rawatan-Bebas-Dadah/340933175998901
jahat nyeeee penyamun!!!!!!! eee..geram betul
BalasPadamEdit ke ape pic ni? 1 pic tnjuk kt pipi kanan dia ada parut. 1 pic lg bersih je. Mane btl pn xtau.
BalasPadamLipat bare nie, klu betul bilo jadi nie?
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamBaca dulu tajuk sebelum tengok gambar..da terang2 die cakap gurauan visual pada muka jd kenyataan..maknenye gmbr dlm ni bkn gambar selepas kena toreh..
Padam