14 Gambar Penyokong Bola Sarawak merusuh di Stadium Negeri malam tadi

Petra Jaya: Sebuah trak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbakar manakala dua unit kereta peronda ditolak ke parit berikutan suasana tegang penyokong di Stadium Negeri apabila Sarawak gagal melangkah ke suku akhir Piala Malaysia, malam tadi.
Terdahulu, beratus penyokong Bujang Senang yang dikatakan tidak berpuas hati apabila skuad mereka seri 1-1 menentang Perak, bertindak memasuki stadium selain membaling mercun dan suar. 
Keadaan semakin tegang apabila anggota keselamatan terpaksa berkampung di tengah padang bagi menghalang penyokong Sarawak. 

Insiden ini berlaku sebaik wisel perlawanan ditiup apabila rata-rata penyokong bertindak liar membaling objek ke padang.














Ini juga menyebabkan pemain dan pegawai pasukan Perak terpaksa berkurung dalam bilik persalinan atas faktor keselamatan.


Sehingga 1 pagi ini, pemain dan pegawai pasukan Perak masih berkampung dalam stadium atas faktor keselamatan. 

Keadaan di luar stadium masih kecoh sehingga memaksa anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan peluru pemedih mata. 

Pada masa sama, polis terpaksa menambah anggota FRU bagi mengawal keadaan. 

Pada perlawanan penentuan ke pusingan seterusnya, Sarawak mendahului Perak 1-0, melalui tandukan Hairol Mokhtar pada minit ke-60. 

Gol berkenaan yang hadir pada babak kedua dilihat bagaikan membuka ruang buat Sarawak untuk lolos ke suku akhir. 

Bagaimanapun, Perak menyamakan kedudukan pada minit ke-76 menerusi Marco Lopes Silva dan sekaligus mengikat kedudukan itu sehingga tamat perlawanan. HM 


0 Response to "14 Gambar Penyokong Bola Sarawak merusuh di Stadium Negeri malam tadi "

Catat Ulasan