PEMAIN perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei mara ke final selepas menang straight set ke atas Viktor Axelsen dengan keputusan 21-9, 21-7, pada Kejohanan Badminton Dunia 2014 di Copenhagen, Denmark, hari ini.
Chong Wei tidak berdepan masalah langsung untuk menewaskan lawan dari Denmark yang juga pilihan ke-14 itu dalam perlawanan memakan masa hanya 34 minit.
Lawan final pilihan utama dari Malaysia itu adalah sama ada menentang pemenang Chen Long dari China atau pemain Indonesia, Tommy Sugiarto.
Kejayaan itu meletakkan Chong Wei dalam laluan terbaik bergelar juara dunia untuk kali pertama dalam kariernya.
Dia adalah satu satunya wakil negara yang tinggal mengibar cabaran pada kejohanan badminton berprestij itu.
Semalam, Chong Wei mara ke separuh akhir kejohanan selepas menewaskan Wang Zhengming dari China 21-8, 21-11.
Pada aksi suku akhir itu, Chong Wei tenang mengawal permainan terutama di set pertama dan menang dalam 39 minit. HM
0 Response to "Layak ke Final, LCW buru hadiah hari merdeka"
Catat Ulasan