4 Gambar Ketibaan jenazah Adun Pengkalan Kubor untuk dikebumikan

Tumpat : Jenazah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kubor Datuk Noor Zahidi Omar selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Surau, Pasir Pekan di sini malam Jumaat.
Allahyarham Noor Zahidi, 57, meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China pada 5.45 pagi, Rabu lepas.
Jenazah Noor Zahidi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari Guangzhou sebelum dibawa ke Lapangan Terbang Subang untuk berlepas ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa menggunakan pesawat C-130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia.


Kira-kira 500 orang menyambut ketibaan jenazah termasuk Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakub dan Speaker DUN Kelantan, Abdullah Ya'kub.
Jenazah dibawa ke kediaman Allahyarham di Kampung Surau Pasir Pekan di sini untuk disembahyangkan sebelum dikebumi pada kira-kira 11.50 malam.
Allahyarham merupakan Adun Pengkalan Kubor selama tiga penggal dan Ketua Umno bahagian Tumpat selama empat penggal.
Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham yang mewakili Barisan Nasional mengalahkan calon PKR, Saharun Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.Mstar 

0 Response to "4 Gambar Ketibaan jenazah Adun Pengkalan Kubor untuk dikebumikan "

Catat Ulasan