Pelakon dan pengacara TV popular, Awal Ashaari tidak kisah dengan apa orang nak kata mengenai dirinya dan Scha apabila mereka dituduh menyorokkan wajah anak menyebabkan pelbagai telahan yang timbul.
“Saya tak akan ambil peduli mengenai perkara remeh-temeh begitu. Tiba masanya kami akan dedahkan jua wajah Lara,” kata Awal Ashaari kepada Astro Gempak baru-baru ini.
Awal yang ditemui pada majlis pelancaran saluran terbaru Astro, BollyOne HD turut terkejut apabila keputusannya dan Scha dijadikan isu.
“Saya hairan juga mengapa keputusan kami untuk tidak mendedahkan wajah bayi kami sekarang dijadikan isu. Sedangkan sebelum ini ada juga artis yang melakukan perkara sama,” katanya.
Tambah Awal lagi, dia menghormati Scha yang masih berpantang dan mahu isterinya itu sendiri memperkenalkan Lara kepada peminat.
“Bagi Awal, perasaan Scha lebih penting…Orang nak kritik, teruskanlah...Isteri saya masih berpantang dan biarlah dia kembali pulih dahulu.
“Selepas selesai berpantang nanti, dia sendiri akan memperkenalkan anak kami seperti yang telah dijanjikan sebelum ini,” ujarnya.
Dalam pada itu, Awal turut memberitahu tidak akan memberikan sebarang hak eksklusif kepada mana-mana media cetak atau elektronik bagi memperkenalkan anak perempuannya kepada umum.
“Tidak ada perjanjian yang dibuat dengan mana-mana pihak untuk tujuan itu. Kami akan menggunakan media sosial seperti Instagram dan Facebook sahaja untuk memperkenalkan lara kepada peminat.
“Cara itu lebih adil kepada semua pihak,” katanya lagi.
Scha selamat bersalin kira-kira pukul 5.50 petang pada 22 Julai lalu di Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur dan bayi perempuan seberat 3.17 kilogram itu dilahirkan secara normal.
Pasangan itu berkahwin pada 4 Mei 2012 di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya dan ia turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria.Credit Murai
0 Response to "Akhirnya Awal dan Scha dedah wajah Baby Lara"
Catat Ulasan