Atilia sah bergelar isteri Adam


Penyanyi Atilia Haron sah bergelar isteri kepada jurutera bunyi yang dikenali sebagai Adam Sofian dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung pada tengah hari Ahad.

Ia disahkan oleh rakan baiknya, Dynas Mokhtar yang turut berada pada majlis tersebut.

"Atilia ada di pentas pelamin, baru saja nikah. Alhamdulillah. Selebihnya mengenai hal perkahwinannya, biarlah dia yang jelaskan sendiri nanti," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

Kira-kira pukul 9 pagi Ahad, Atilia telah memuat naik foto sebuah pelamin di akaunInstagram miliknya dengan mengumumkan dia akan berkahwin pada hari ini dan ia hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan rapat sahaja.

"Salam everyone, Alhamdulillah. I am extremely happy to share that I will be getting married today amongst family and close friends. We thank you for all your kind wishes and prayers. Love, A&A #atiliaadam," beritahu Alitia pada kapsyen foto tersebut.
Selain itu, Atilia atau nama sebenarnya Raja Puteri Atilia Raja Haron, 40 turut memuatnaik foto dia berpakaian pengantin.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Atilia.

Terdahulu, penyanyi jazz itu pernah mendirikan rumah tangga dengan Ariff Johan Abdul Aziz pada 18 Disember 1998 dan mereka bercerai pada Januari 2009.Mstar 

0 Response to "Atilia sah bergelar isteri Adam"

Catat Ulasan